Friday, March 09, 2007

Blog Rohani Bahasa Malaysia

Saya telah menjumpai dua lagi blog rohani Bahasa Malaysia di Warkah Pascamoden dan Kebaktian. Sangat-sangat digalakkan untuk mengetahui bahawa initiatif refleksi teologi dalam bahasa kebangsaan oleh kami di Cahaya Nusantara tidaklah keseorangan.

Bibit-bibit sedap untuk makanan rohani kita,

"Pemerintahan Allah dapat dialami terutamanya sekiranya kita berakar dalam amalan dan kebiasaan yang menjadi tema pokok dalam kehidupan dan pelayanan baginda seperti: makan bersama dengan orang yang dianggap sebagai kafir, menjadi teman dan mendatangkan penyembuhan kepada mereka yang sakit - dari segi fizikal mahupun dalam hati, menentang penindasan dan ketidakadilan dan pada masa yang sama juga, merehat sejenak dan berdoa dalam senyap. Pemerintahan Allah itu bertujuan memulihkan manusia (dengan Allah dan sesama manusia sendiri)

Ya, Tuhan melibatkan kita dengan memberi peranan dalam pengkhabaran Berita Baik ini dengan menjadi agen-agen perubahan untuk mengubah dunia demi kebaikan manusia sejagat melalui pembentukan sebuah umat yang baru." -- Warkah Pascamoden, 7 Mac


"Misi Integrasi yang disampaikan beliau memberikan ilham dan perspektif di mana ia mengembalikan maksud sebenar misi pelayanan kita. Kita dicipta untuk dunia ini. Dunia ini menjadi medan pelayanan bagi umat Kristian tidak kira dia tu pendita atau pekerja sekular biasa.

Sebagai warga kerajaan Allah di bumi ini, kita boleh merealisasikan Kerajaan Allah di muka bumi ini atau di tempat kerja serta di komuniti kita sendiri. Kita kembalikan hak asasi, pelajaran, ekonomi dan keadilan untuk orang asli. Kita boleh menunjukkan realiti kerajaan Allah dalam tempat tinggal mereka walaupun ia jauh dari arus pembangunan.

Berita baik atau injil bukanlah hanya melalui percakapan sahaja tetapi juga bagaimana kita membantu memenuhi kehendak mereka seperti mana Yesus yang berbelas kasihan melihat mereka yang sakit dan miskin. Kita mahu melihat semua dimensi dan aspek iaitu kebudayaan, sosial, ethnik ditransformasikan mengikut kehendak Allah yang asal.

Kesimpulannya, marilah kita merealisasikan kerajaan Allah dalam komuniti kita dan perkerjaan kita.

Biarlah kerajaanMu datang, Biarlah kehendakMu terjadi di bumi seperti di syurga ... doa yang diajar Yesus" -- Kebaktian, 5 Mac

No comments: