Sunday, March 18, 2007

About My Alma Mater

"Selagi saya di sini, saya tidak akan berkompromi untuk membuka UiTM kepada bukan bumiputera. UiTM ini antara peranannya adalah penyelamat bangsa. Saya fikir orang Melayu sendiri tidak akan mahu kalau bukan bumiputera diterima masuk ke UiTM kerana ini adalah satu-satunya tempat yang tinggal untuk membuktikan bumiputera mampu menonjol bukan sahaja dari segi akademik tetapi dalam pelbagai aspek lain.

Secara keseluruhannya kalau tengok di IPTA lain, orang Melayu adalah minoriti. Apa lagi yang mereka mahu kerana mereka juga mempunyai IPT masing-masing. Mereka kata terbuka kepada semua tetapi mempunyai syarat-syarat tertentu. Mengapa hendak dikacau satu-satunya milik Melayu ini?

Saya pernah mendapat e-mel yang mengatakan alasan mengapa saya tidak mahu membuka kemasukan ke UiTM kepada bukan Melayu sebab kalau dibuka nasib pelajar Melayu di sini juga sama dengan pelajar-pelajar Melayu di universiti lain semua menjadi nombor corot. Bila saya mengatakan saya ingin membuktikan UiTM akan menjadi yang terbaik bukan sebab saya hendak lawan dengan IPTA lain. Saya hendak membuktikan orang Melayu bukan corot. Kita boleh bersaing termasuk di peringkat antarabangsa. Ini telah pun kita buktikan dengan memenangi beberapa anugerah. Ini kebanggaan saya sebagai Naib Canselor UiTM.

Perdana Menteri sendiri mengatakan bahawa pelajar Melayu sebenarnya bukan bodoh cuma tidak diberi peluang. Jika diberi peluang, mereka akan buktikan kemampuan sebenar. Contohnya pencapaian pelajar-pelajar sekolah luar bandar dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini ramai pelajar Melayu berjaya mencatatkan keputusan cemerlang. Sebenarnya peranan UiTM bukan sahaja penting dari aspek akademik semata-mata tetapi juga dalam usaha menjayakan Misi Nasional seperti yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan – salah satu daripadanya ialah melahirkan modal insan." -- Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah to Utusan

No comments: