“Dengan sepenuh hati kami percaya bahawa doa
meningkatkan daya pendorong untuk menyatukan gereja,
mazhab, dan orang beriman, lelaki dan perempuan, tua
atau muda. Doa bersama yang berterusan membawa
penobrosan dalam setiap segi kehidupan – masyarakat,
ekonomi, politik, pendidikan, hiburan dan seni, dan yang
lain-lain.”
PRAKATA
Dalam Matius 28.19, Tuhan kita Yesus Kristus memerintah kita
untuk menjadikan “semua bangsa di seluruh dunia...pengikut-
Ku”. Sering kali perintah ini ditafsirkan sebagai terma
keindividualan, iaitu orang perseorangan daripada bangsabangsa
kita jadikan pengikut Tuhan Yesus. Meskipun ini adalah
erti utama teks itu, tafsiran yang merujuk kepada orang
perseorangan semata-mata tidak cukup. Seorang individu
hidup dalam masyarakat dan bangsa dengan struktur,
perhubungan, nilai dan budayanya. Jika Injil mengubah
kehidupan individu yang berdosa, maka ia juga harus
mengubah struktur yang tidak adil di tempat tinggal individu
tersebut.
Dalam Alkitab diterangkan dengan jelas bahawa Tuhan
bukan hanya memberi perhatian kepada individu tetapi juga
bangsa-bangsa. Dalam Perjanjian Lama, bangsa-bangsa sering
diperlakukan sebagai satu entiti yang mendapat berkat
ataupun hukuman. Walaupun individu itu ditonjolkan dalam
Perjanjian Baru, namun keprihatinan Tuhan terhadap bangsabangsa
tetap berterusan.
Bagaimanakah bangsa yang dimuridkan? Jawapannya
terletak pada konsep Pemerintahan Allah yang sering diajarkan
oleh Yesus tetapi diabaikan oleh Gereja moden. Pemerintahan
Allah telah dimulakan dengan rasmi tetapi belum
disempurnakan. Untuk sementara waktu, orang Kristian
ditugaskan untuk menyatakan Pemerintahan Allah dalam
Gereja dan membawa dunia ke arah kesempurnaan ini.
Yesaya 9.1-7 merupakan gambaran dalam nubuat
mengenai pemerintahan Kristus pada masa akan datang. Dari
sini, kita meninjau 4 ciri bangsa yang dimuridkan – negara
menikmati kecukupan ekonomi, keamanan sosial, keadilan
awam dan kesaksamaan.
“. . . seperti orang bersukacita semasa menuai hasil
tanaman” (Yes 9.3)
Dalam Pemerintahan Allah, orang miskin tiada lagi.
Sedihnya, kemiskinan masih suatu kenyataan hidup pada masa
ini. Sebenarnya, jurang di antara orang kaya dan orang miskin
semakin membesar. Takrif Wawasan 2020 tentang kecukupan
ekonomi adalah suatu keadaan yang menggembirakan apabila
tiada seorang pun warga Malaysia yang kekurangan makanan,
keperluan asas dibekalkan kepada semua, dan peluang dibuka
dengan sepenuhnya kepada mereka yang berada di kategori
rendah untuk bertambah maju dan keluar daripada
kemiskinan. Gereja mempunyai peranan penting untuk
memberikan kuasa kepada orang miskin untuk mencukupi diri
mereka sendiri.
“Raja Damai. Kekuasaan-Nya akan terus bertambah;
pemerintahan-Nya akan sentiasa aman” (Yes 9.5, 6)
Dalam masyarakat berbilang kaum dan majmuk hari ini,
keamanan sosial semakin sukar dicapai. Gereja telah diberi
pelayanan perdamaian (2 Kor 5.8-19). Orang Kristian boleh
terlibat dalam pelbagai usaha perdamaian dan menjadi
pengantara, dsb. Bagaimanapun, keamanan sosial yang sejati
mesti bermula dengan perdamaian dengan Tuhan,
perdamaian dengan diri sendiri dan perdamaian dalam Gereja.
Keamanan sosial juga sesuai untuk kemakmuran ekonomi.
“pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum” (Yes 9.6)
Keadilan awam adalah dasar keamanan sosial, jika keadilan
itu bukan paksaan atau kekerasan semata-mata. Keadilan
sangat dititikberatkan dalam Alkitab – perkataan ini dan katakata
seerti disebut kira-kira 500 kali dalam Perjanjian Lama dan
200 kali dalam Perjanjian Baru. Keadilan adalah prinsip
tertinggi bagi institusi dan sistem di dunia dalam masyarakat
yang sudah jatuh ke dalam dosa. Ia menyediakan
perundangan yang sama rata dan adil untuk setiap orang.
Orang Kristian dalam masyarakat majmuk harus mendasarkan
unsur-unsur keadilan awam di atas standard etika umum,
tetapi pada masa yang sama cukup berani untuk berpegang
pada prinsip Alkitab dan menghormati satu sama lain.
“pemerintahan-Nya akan berdasarkan . . . keadilan” (Yes
9.6)
Keadilan dan kebenaran berjalan seiring. Sekiranya setiap
orang berlaku adil dalam hal memberi hak atau milik orang lain,
maka keadilan peringkat kebangsaan akan terjadi. Orang
Kristian mempunyai peranan penting di sini. Dalam dunia yang
sering mengubah erti kebenaran dan moral, orang Kristian
mesti membela kebenaran yang mutlak. Meskipun kita tidak
memaksakan nilai moral kita kepada orang lain, kita harus
mengamalkannya sebagai kesaksian kepada mereka dan
berusaha untuk menerapkan nila-nilai Yahudi-Kristian dalam
seluruh peringkat masyarakat.
Bagi sebilangan orang, berfikir untuk memuridkan satu
bangsa mungkin terlalu sukar. Bagaimanapun, setiap orang
Kristian boleh menjadi terang kepada orang di sekelilingnya,
setiap gereja tempatan boleh membawa perbezaan di
kawasan kejiranannya, dan beberapa gereja dalam satu
masyarakat boleh bekerjasama untuk memberikan kesan yang
lebih besar. Melalui kesaksian kita, orang lain boleh tertarik
sehingga bukan saja ingin mengikut teladan kita tetapi
mengikut Tuhan juga.
Rev. Wong Kim Kong
Setiausaha Agung
Thursday, July 27, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)