Saturday, January 24, 2009

Doa Untuk Palestin dan Israel.

Konflik di Gaza baru-baru ini perlulah diinsafi oleh kita semua, rakyat Malaysia pelbagai keturunan dan agama. Keganasan terhadap umat manusia dan rakyat yang tertindas bukan hanya isu di kalangan umat Islam, tetapi isu yang menghadapi umat Kristian juga. Dalam hal ini, Cahaya Nusantara membawakan isu tersebut untuk dijadikan doa dan renungan semua.

"Dalam konflik ini, lebih daripada yang lain, keamanan dan keadilan berkait rapat. Penulis Kitab Mazmur menyebut kebenaran/keadilan dan keamanan bersama, “keadilan dan damai sejahtera akan bercium-ciuman.” (Mazmur 85:10). James pula menyebut bahawa, ‘orang yang mempunyai kebijaksanaan yang berasal dari atas, ia pertama-tama sekali murni, kemudian suka berdamai, peramah, dan penurut. Ia penuh dengan belas kasihan dan menghasilkan perbuatan-perbuatan yang baik. Ia tidak memihak dan tidak berpura-pura. Memang kebaikan adalah hasil dari benih damai yang ditabur oleh orang yang cinta damai!’ (Jas 3:17-18)."

Teruskan baca