Sunday, April 23, 2006

Barat?

Suatu rencana daripada http://www.malaysia-today.net. Suatu makanan intelek untuk renungan kita bersama. Apakah itu Barat? Apakah itu tamadun Barat, budaya Barat, falsafah masyarakat Barat, dan apakah kesannya kepada kehidupan kita? Dan apakah 'demonisation' Barat ini wajar dilakukan oleh segelintir elit moral dalam negara kita?

Bagaimanakah pemikiran Barat telah mempengaruhi ajaran yang diturunkan dalam Gereja? Apakah respons kita orang Timur dan jemaah dari Timur?

Sama sama kita renungkan...

Wednesday, April 19, 2006

Barat sebagai musuh
Oleh Hishamuddin Rais

Minggu ini, saya terbaca tentang kes sepasang anak muda yang ‘ditangkap’ kerana sedang memadu kasih di sebuah taman. Mereka dikatakan sedang bercumbuan kasih. Kes ini berpanjangan sehingga sampai ke lembaga penghakiman yang tertinggi dalam negara ini. Saya tidak mempersoalkan keputusan kehakiman. Apa yang ingin saya timbulkan ialah sikap dan alasan-alasan orang-orang dewasa/tua terhadap anak-anak muda.

Dalam masyarakat Melayu biasanya hujah yang akan diberikan untuk mengawal anak-anak muda ialah kelakuan dan perangai mereka telah melanggar budaya. Atau telah melanggar adab sopan. Atau kelakuan mereka bukan dari budaya Timur. Mereka dipengaruhi oleh budaya dari Barat. Hujah – pengaruh budaya Barat – inilah yang terus berpusing-pusing untuk didengarkan ke telinga anak-anak muda. Jika tidak cukup dengan ini maka hujah-hujah ini akan disalut pula dengan hujah-hujah Islam.

Dalam konteks ini amat jelas, Barat selalu dikutuk, diperlekeh dan dijadikan sebab utama untuk apa sahaja masalah yang sedang melanggar masyarakat kita. Jika ada sahaja sesuatu fenomena yang tidak kita fahami, maka para politikus, pendakwah agama atau guru-guru sekolah akan menuduh Barat sebagai punca.

Mengutuk dan mempersalahkan Barat ini telah pernah saya baca, saya lihat dan saya alami ketika saya tinggal di Pakistan dan di Timur Tengah. Saya tidak tahu dan tidak ada pengalaman sama ada budaya mengutuk Barat ini juga sedang berlaku di Afrika dan di Amerika Latin.

Di sini saya mengambil sikap untuk mempertahankan Barat. Saya lihat Barat yang sering diserang dan dikutuk perlu dibela. Barat dituduh sebagai virus penyebab penyakit yang menyerang masyarakat kita. Setiap kali Barat diserang kelihatan ianya membisu dan tidak menjawab. Maka di sini saya berdiri untuk bersuara mempertahankan Barat. Apa yang saya pertahankan ini bukan kompleks industri persenjataan Barat (military industrial complexs) atau kabal Zionis yang mendirikan Empire yang menjajah dunia hari ini. Yang saya pertahankan ini ialah pembudayaan masyarakat Barat.

Sebenarnya perkataan Barat ini sendiri menjadi satu masalah untuk diri saya. Saya tahu ramai orang tidak sedar dalam budaya Melayu kuno, Barat atau Bharat yang dimaksudkan ialah India. Bharat adalah nama India asli yang mana negara ini ada memiliki usur budaya yang rapat dengan manusia Melayu. Tetapi pastilah bukan Barat/Bharat ini yang dikutuk oleh para politikus dan pendakwah moral.

Kerana ini, saya sendiri masih kurang jelas Barat mana yang ingin dikutuk. Ini kerana jika Eropah yang dimaksudkan sebagai Barat - wilayahnya cukup besar. Masyarakatnya majmuk. Jika Amerika yang dimaksudkan – Amerika yang mana – utara atau tengah atau selatan. Apa yang jelas di sini kelihatan yang para moralis ini sendiri kurang faham apa dia Barat yang dihamburkan dari mulut mereka. Untuk memahami dan menganalisa sikap dan pemikiran para politikus dan pendakwah moral ini, maka kita terima sahajalah perkataan Barat yang mereka hamburkan itu.

Pada ketika ini saya melihat perkataan Barat ini sedang digunakan sama seperti Presiden Bush menggunakan perkataan Usama Bin Ladin, fundamentalis Islam atau Zarqawi. Perkataan-perkataan ini selalu disebut-sebut sebagai dijadikan ‘hantu’ untuk menakut-nakutkan orang ramai dan warga yang kurang arif. Orang yang takut biasanya akan mencari perlindungan. Kalau di Amerika mereka akan berlindung di bawah payung Bush. Di Malaysia jika warga takut dengan Barat maka kita akan berlindung di bawah payung pemerintah.

Sebenarnya jika kita perhatikan betul-betul para pendakwah moral dan para politikus yang selalu mengutuk Barat ini sedang dihinggapi penyakit skizofrenia atau jiwa terpecah dua (spilt personality). Mulut mereka akan berbuih-buih mengutuk Barat (walaupun tidak jelas Barat yang mana) tetapi kerja politik dan budaya amalan mereka semuanya berkiblat kepada Barat.

Rujukan-rujukan ‘kejayaan’ negara kita ini semuanya ditakrif dan diperbandingkan dengan patukan Barat/Eropah. Perhatikan bagaimana laporan media kita, jika sekiranya ada seorang profesor Mat Saleh kelas kedua dari Eropah yang mengatakan bahawa negara kita ini ‘berjaya’. Maka si Mat Saleh ini akan diangkat, diusung ke hulu ke hilir untuk dijadikan modal sebagai petunjuk kejayaan kita.

Perhatikan bagaimana laporan akhbar dan tv kita yang membuat temu bual dengan para Mat Saleh yang datang ke pesta F1 yang baru lalu. Mat Saleh ini ditemubual untuk menunjukkan betapa kita telah berjaya dengan F1. Temubual orang Barat ini membawa maksud - sesiapa yang tidak percaya bahawa kita telah berjaya mestilah mereka ini bodoh kerana Mat Saleh orang Barat sendiri pun sudah mengakui kejayaan kita.Lihat pula bagaimana para pelancong Mat Saleh akan ditemubual untuk menyatakan betapa aman damainya negara kita ini. Ini juga untuk memberitahu kepada warga bahawa negara kita tidak ada masalah. Negara ini aman damai dan unik. Kalau tidak percaya tanya si Mat Saleh dari Barat itu. Mat Saleh Barat kata betul, maka pastilah semuanya betul.

Jika ada pula akhbar Barat yang membuat laporan yang manis tentang negara kita maka perhatikanlah tingkah laku media kita, terutama media aliran Melayu. Media ini akan meloncat menghambur, mengheboh-hebohkan berita dari akhbar Barat ini.

Cuba tanyakan kepada si pengutuk dan si pencacai Barat ini - anak-anak mereka belajar di mana? Tanyakan juga kepada para politikus yang merangka sistem pembelajaran negara kita ini – kenapa mereka tidak yakin kepada sistem pelajaran yang mereka buat sendiri. Kenapa pelajar dan graduan lulusan Barat dilihat lebih baik dari graduan tempatan?

Untuk saya semua budaya - budaya Barat, budaya Eropah atau budaya kita sendiri ada memiliki kekuatan dan ada kelemahan. Dari pengalaman saya yang hidup di Eropah, apabila masyarakat di Barat menghadapi satu-satu masalah mereka tidak akan menuduh masalah mereka berpunca dari orang Asia, atau pengaruh orang Melayu atau pengaruh orang Arab. Tidak mungkin politikus atau pendakwah moral mereka akan mengutuk Timur sebagai punca masalah. Di Perancis, Presiden Jaques Chirac tidak akan menuduh anak-anak muda berdemo di Paris bulan lalu kerana mereka terikut-ikut dengan rakyat Malaysia yang berdemo kerana harga minyak naik.

Untuk saya, penanda aras keunggulan tamadun itu bergantung kepada bagaimana sebuah tamadun, budaya bangsa atau masyarakatnya itu menjaga dan memberi kepedulian kepada – kanak-kanak, anak muda, orang tua, perempuan dan binatang. Kepedulian ini yang wajib dijadikan patukan/penanda untuk menilai ketrampilan atau kemadanian sesebuah masyarakat.

Perkara seperti berpegang tangan, bercumbuan di tempat awam, minum arak, melepak hanyalah manifestasi dari konsep yang lebih besar. Moral, kelakuan, fesyen pakaian – semua ini adalah manifestasi pembudayaan. Manifestasi moral tidak mungkin dapat dibetongkan melalui hukum-hakam kanun negara kerana manifestasi ini akan terus berubah mengikut asas perkembangan ekonomi.

Justeru, marilah kita berhentikan perangai mengutuk, mencaci dan menyalahkan Barat. Kerana, pada hakikatnya dalam hati kecil kita semua termasuk para politikus dan moralis yang anti Barat mengetahui dan mengakui bahawa pembudayaan, keilmuan, teknologi, sastera dan budaya Barat itu lebih anggun, canggih, cemerlang dari budaya kita. Tarikan keilmuan dan tarikan teknologi Barat itu cukup hebat, jika tidak mana mungkin semua alat-alat persenjataan negara kita beli dari Barat. Atau kenapa kita selalu tergila-gila hendak menghantar anak, cucu, cicit kita belajar di Barat.

Bebaskan diri kita dari penyakit jiwa – split personality - ini. Dengan berani kita harus dapat menilai diri bukan dengan patukan atau rujukan Barat atau Utara, Selatan atau Timur. Kita mencermin sambil menilai diri kita dan bangun bertanya apakah kita semua telah berlaku baik dan peduli terhadap kanak-kanak, anak muda, perempuan, orang tua dan binatang yang hidup bersama di sekeliling kita. Jangan terperanjat kerana di Barat status wujudiah lima makhluk ini lebih lumayan berbanding moral budaya para penghuni Taman Tun, Country Heights atau Taman Rusila.

Thursday, April 06, 2006

Teologi Lagu Hari Natal - Mengetahui Maksudnya

Wednesday, December 14, 2005
:oleh Hawariyun

http://kebaktian.blogspot.com


Lagu-lagu natal yang dimainkan setiap tahun menjelang hari Natal sememangnya tidak asing bagi kita. Mana-mana tempat baik di pusat membeli belah, gereja dan rumah mesti memainkan lagu-lagu Natal. Bagi diri saya, saya amat mengemar lagu-lagu Natal tradisional yang masih bergema sampai ke zaman moden ini. Tertanyakah diri anda maksud lagu-lagu Natal sewaktu ia dikarang? Dapatkah kita menghayati maksud yang tersirat dalam lagu-lagu Natal ?

Come Thou Long-Expected Jesus

Lagu himne "Come Thou Long - Expected Jesus" yang tertera dibawah dikarang oleh Charles Wesley pada tahun 1744 :

Come, Thou long-expected Jesus, born to set Thy people free;
from our fears and sins release us; let us find our rest in Thee.

Israel's strength and consolation,
hope of all the earth Thou art;
dear desire of every nation,
joy of every longing heart.

Born Thy people to deliver,
born a child, and yet a King,
born to reign in us forever,
now Thy gracious kingdom bring.

By Thine own eternal Spirit
rule in all our hearts alone;
by Thine own sufficient merit,
raise us to Thy glorious throne.

Melihat pada baris pertama pada lagu itu, menunjukkan umat Israel yang telah lama menunggu kedatangan Kristus (Penyelamat) seperti yang dinubuatkan dalam kitab Perjanjian lama kini telah dikotakan. Kelahiran Yesus yang lama dinantikan ini dikatakan sebagai "long-expected Jesus".

Kelahiran dan kedatangan Yesus memenuhi nubuat-nubuat dalam Perjanjian Lama. Banyak gelaran yang diberikan kepada Yesus. Contoh-contoh nubuat ialah Yesaya 7:14 yang mengatakan seorang anak dara yang akan melahirkan anaknya yang digelar "Tuhan beserta dengan kita", Yesaya 9:6 yang mengelarkan anak ini sebagai "Penasihat Bijaksana", "Allah Perkasa", "Bapa Kekal", "Raja Damai". Mikha 5:2 yang menubuatkan bahawa kelahiran seorang "penguasa untuk Israel yang asal usulnya dari dahulu kala.

"Nubuat-nubuat ini dan yang lain-lain yang menyerupai nubuat-nubuat di atas melihat Penyelamat yang bakal akan datang. Orang-orang Yahudi yang beriman berdoa dengan sungguh-sungguh untuk melihat hari kedatangan Penyelamat ini. Contohnya seorang alim namanya Simeon yang direkodkan dalam Lukas 2, yang menantikan saat-saat Allah menyelamatkan Israel. Bila Simeon melihat bayi Yesus, dia sedar bahawa Anak ini akan memenuhi harapan untuk keselamatan. Charles Wesley meminjam ayat ini bila dia mengelarkan Yesus sebagai "kekuatan dan pengharapan Israel"

Walaupun Yesus memenuhi nubuat Israel, Yesus juga membawa keselamatan untuk dunia ini. "Hope of all the earth" dan "dear desire of every nation" adalah merujuk kepada Yesus. Lebih dari itu, "joy of every longing heart" merujuk bahawa Dia sahajalah yang dapat memenuhi setiap jiwa.

Yesus adalah adalah manusia dan Allah seperti yang tertulis "born a child and yet a King". Hanya dalam Yesus, dosa manusia diampunkan melalui kematiaanya di atas salib. "All sufficient merit" merujuk bahawa hanya Kristus dapat memberikan keselamatan kepada kita.Lagu ini memang indah bukan sahaja dari ayatnya malah maksud yang tersirat dalamnya - bahawa Yesuslah yang dilahirkan untuk membebaskan kita dari dosa dan memberikan keselamatan kepada kita melalui kematiaanNya.

Hark! the Herald Angels Sing

Lagu ini memang popular yang dihasilkan juga oleh Charles Wesley. Banyak gereja dan pusat membeli belah akan memainkan lagu ini. Walaupun liriknya diubah banyak kali tetapi kebanyakan versi asalnya masih kekal seperti yang dihasil lebih dari 250 tahun lalu.

Lagu ini mengumumkan kelahiran Yesus, yang mengatakan juga Yesus adalah manusia dan Allah dan memujiNya kerana keselamatan yang diberikanNya

Versi pertama yang mengatakan :

Hark! the herald angels sing,
"Glory to the newborn King;
Peace on earth, and mercy mild,
God and sinners reconciled."

Mesej damai memang tidak boleh dipisahkan lebih-lebih lagi waktu Krismas contohnya dalam iklan-iklan media. Sememangnya Yesus membawa kedamaian. Kedamaian utama yang dibawaNya adalah damai dengan Allah. Itulah yang dimaksudkan "God and sinners reconciled". Semua orang berdosa dari sejak kita dibentuk dalam rahim ibu, kita mentidakkan Firman serta laranganNya dan oleh itu kita mejadikan diri kita sebagai musuh Allah. Bila kedua-dua pihak musuh ingin mencapai kedamaian, mereka kenalah mengetepikan perbezaan atau percanggahan masing-masing. Adanya proses mencapai kedamaian melibatkan pampasan. Pampasan ini dibayar dengan kematiaan Yesus sendiri. Dia membayar pampasan itu agar kita dapat berdamai dengan Allah. Walaupun kita kena bertanggung jawab membayarnya, tapi hanya Yesus seorang sahajalah yang dapat membayarnya. Dialah Tuhan yang juga menjadi sebagai manusia lahir sebagai seorang insan pada malam Krismas pertama.

Charles Wesley menghuraikan kelahiran Yesus pada versi kedua :

Christ by highest heaven adored; Christ, the everlasting Lord!
Late in time behold Him come, offspring of the Virgin's womb.

Veiled in flesh the Godhead see; hail the incarnate Deity,
Pleased as man with men to dwell, Jesus our Emmanuel.

Yesus adalah Tuhan yang kekal, orang kedua dalam Tritunggal menjadi sebagai manusia yang lahir melalui seorang anak dara. Yesuslah Tuhan yang menjadi manusia yang digelar "Emmanuel" yang bermaksud Tuhan berserta dengan kita. Walaupun Yesus menjadi manusia hidup dengan kalangan manusia yang berdosa, tetapi keTuhananNya masih kekal dan tidak hilang dariNya.

Tuhan Yesus yang menjadi manusia merendahkan diriNya serta mengetepikan keistimewaanNya supaya manusia dapat diselamatkan melalui iman mereka kepada Yesus. Ini dihuraikan dalam versi ketiga dalam lagu tersebut :

Mild He lays His glory by, born that man no more may die,
Born to raise the sons of earth, born to give them second birth.

Yesus meletakkan hakNya sendiri, datang ke dunia ini dan mati untuk dosa-dosa kita agar mereka yang percayaNya akan memperoleh kehidupan kekal. Dia dilahirkan agar kita dilahirkan semula.

O Little Town of Bethlehem

Lagu "O Little Town of Bethlehem" ditulis pada tahun 1867 oleh Phillips Brooks, seorang pastor dari Philadelphia. Dia berada di tanah Israel 2 tahun dan merayakan perayaan Natal di Betlehem. Lagu ini menunjukkan ilham Philip pada malam Yesus dilahirkan.

Ayat pertama :

O little town of Bethlehem, how still we see thee lie!
Above thy deep and dreamless sleep the silent stars go by.
Yet in thy dark streets shineth the everlasting light;
The hopes and fears of all the years are met in thee tonight.

Dalam keadaan sunyi-sepi pada malam kelahiran, manusia yang sibuk pasal hal masing-masing dah penat dan tidur. Tidak banyak yang mengetahui kedatangan Bayi yang dijanjikan. Memang manusia sekarang memang sibuk pasal hal duniawi tetapi tidak pedulikan hal-hal rohani.

How silently, how silently, the wondrous gift is given!
So God imparts to human hearts the blessings of His heaven.
No ear may hear His coming, but in this world of sin,
Where meek souls will receive Him still, the dear Christ enters in.

Kedatangan Yesus tidak disambut secara besar-besaran seperti yang sepatutnya disambut bila putera diraja dilahirkan. Pengumuman kelahiran Yesus dibuat oleh malaikat hanyalah kepada beberapa pengembala yang sedang menjaga kambing-kambing mereka di waktu malam. Yesus yang dilahirkan di kandang binatang menjadi tempat untuk Dia tidur dan disusukan. Sewaktu Dia dilahirkan, Dia tidak mengharapkan orang-orang menyambutnya sebagai Raja. Malah AlKitab memberitahu bahawa Dia datang untuk hidup dengan kalangan umatNya melalui kuasa Ruh Kudus (Yohanes 14:16-23; Roma 8:9-11). Oleh itu, AlKitab juga mengatakan sesiapa yang menerima dan percaya pada Yesus, perubahan besar akan berlaku dalam dirinya. Dosa-dosa kita diampunkan dan kita akan menjadi orang baru (Yohanes 5:24; 2 Korintus 5:17).

Nikmat serta hidayah pada masa Natal / Krismas ialah - menerima keselamatan dan menikmati hadirat (kehadiran) Tuhan dalam hidup kita walaupun dunia memandang serong pada iman kita kerana mereka tidak memahami apa-apa yang benar berlaku. Seperti ayat terakhir dalam lagu berbunyi :

O holy Child of Bethlehem! Descend to us we pray,
Cast out our sin, and enter in; be born in us today.
We hear the Christmas angels the great glad tidings tell;
O come to us, abide with us, Our Lord Emmanuel.

O Holy Night

Lagu "O Holy Night" yang dikarang oleh John Dwight menyingkap pada malam Yesus dilahirkan.

O holy night! The stars are brightly shining.
It is the night of the dear Savior's birth.
Long lay the world in sin and error pining,
Till He appeared and the soul felt its worth.

Kedatangan Yesus menunjukkan kasih Allah kepada dunia ini seperti tertulis dalam Yohanes 3:16. Manusia amat berharga. Petrus pertama mengingatkan kita bahawa Allah telah menebuskan kita dari penghambaan dosa bukan melalui wang ringgit tetapi dengan darah domba iaitu darah Yesus. Oleh itu fakta bahawa Yesus memberikan nyawaNya sepatutnya menjadikan kita lebih berharga disisi Allah.

Ayat kedua mengisahkan Raja segala raja dilahirkan sebagai bayi yang tidur di dalam kadang. Kebanyakkan bayi-bayi dilahirkan di tempat yang sesuai contohnya hospital dan dijagai dan disusukan di tempat yang sesuai. Tetapi bagi kelahiran Yesus adalah sebaliknya. Lebih dari itu ehidupan Yesus yang melalui kemiskinan, dicubai oleh iblis, dicaci, disalib dan mati, ditinggalkan oleh pengikutNya sewaktu Yesus ditangkap dan difitnah dengan tuduhan-tuduhan palsu. Kita sememangnya tidak dapat merasai apa yang Yesus melalui tetapi hakikatnya Yesus dapat merasai apa yang kita lalui.

John Dwight melahirkan empati ini dengan menulis :

The King of kings lay thus in lowly manger,
In all our trials born to be our Friend.
He knows our need, to our weakness is no stranger.
Behold your King, before Him lowly bend.

Sewaktu bayi Yesus dilahirkan, pengembala-pengembala memuji dan menyembahNya. Ini menyedarkan John Dwight bahawa setiap manusia adalah sama dan harus berendah diri. Ayat ketiga berbunyi :

Truly He taught us to love one another;
His law is love and His gospel is peace.
Chains shall He break, for the slave is our brother,
And in His name all oppression shall cease.

Oleh itu, penindasan sesama manusia adalah bertentangan dengan penyembahan Yesus. AlKitab menegaskan agar kita mencontohi Yesus yang merendahkan diriNya, menjadi manusia, mengetepikan hak keillahianNya, menderita untuk keselamatan kita. Oleh itu, Paulus menulis

Janganlah melakukan sesuatu karena didorong kepentingan diri sendiri, atau untuk menyombongkan diri. Sebaliknya hendaklah kalian masing-masing dengan rendah hati menganggap orang lain lebih baik dari diri sendiri. Perhatikanlah kepentingan orang lain; jangan hanya kepentingan diri sendiri. (Filipi 2:3-4)

Adalah diharapkan kita dapat mencontohi sikap Yesus yang merendah diriNya dan saling menerima sesama sendiri dan tidak hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Kerana kasih Yesus kepada kita, Dia memilih untuk tidak menggunakan hakNya.

Joy to the World

"Joy to the World" ditulis oleh Isaac Watts dan diterbitkan pada 1719. Lagu ini adalah parafrasa dari Mazmur 98 dan menjadi lagu yang popular dimainkan sewaktu hari Natal.

Joy to the world! The Lord is come.
Let earth receive her King.
Let every heart prepare Him room,
and heaven and nature sing,

"No more let sins and sorrows grow,
nor thorns infest the ground.
He comes to make His blessings flow
far as the curse is found.

Ayat ini dipetik dari Kejadian 3, bila Allah berfirman bahawa tanah terkutuk akibat dosa. Semak dan duri akan dihasilkan di tanah. Manusia bekerja dengan susah payah dan berkeringat untuk membuat tanah ini menghasilkan sesuatu supaya manusia dapat hidup. Oleh itu rahmat dari keselamatan Kristus akan menebalikkan kutukkan tersebut. Pada hari itu Kristus akan kembali memerintah dengan penuh kemuliaanNya dan menghakimi segala bangsa.

He rules the world with truth and grace,
And makes the nations prove
The glories of His righteousness
and wonders of His love.

Kedatangan Yesus adalah untuk memerintah segala ciptaanNya. Yesus menjadi bayi, hidup dengan kalangan manusia, disalib, mati dan dihidupkan semula agar Dia dapat memerintah atas segala ciptaanNya.Memang kesukaan bagi dunia, anda dan juga diri saya. Tuhan sudah datang dan akan kembali datang memerintah bumi ini. Dapatkah kita memberikan hati kita padaNya. Dia memberikan nyawaNya sendiri demi keselamatan kita. Krismas ini boleh jadi lebih bermakna kalau kita memberikan hati kita kepada Yesus.