Sunday, October 08, 2006

Vintage Jesus

diterjemah daripada The Resurgence

There is no one more loved or hated than Jesus Christ.
Tiada orang yang disayangi atau dibenci lebih daripada Yesus Kristus.

Yesus dilahirkan di suatu pekan kecil kepada seorang remaja muda yang miskin 2000 tahun lalu. Dia telah dianak angkatkan oleh Yusuf, seorang tukang kayu dan menghabiskan 30 tahun pertama, tidak dikenali dan turut bertukul kayu bersama 'bapa'nya.

Apabila berusia 30 tahun, Yesus memulakan pelayanan awamnya yang turut melibatkan pengkhutbahan, meyembuhkan orang sakit, menyuap orang lapar, dan berkawan dengan orang yang dipinggirkan kerana mereka itu orang tiga suku, pemabuk, pencuri, dan sebagainya. Pelayanan Yesus hanya selama 3 tahun sebelum dihukum mati kerana mengaku diri-Nya Tuhan. Dia disalibkan dengan penuh keaiban, seperti ribuan yang disalibkan sebelum-Nya.

Tetapi yang peliknya, résumé nya sangat ringkas. Dia tidak pernah mengembara lebih daripada ratusan batu daripada rumah-Nya. Dia tidak mengambil sebarang kedudukan politik, tidak pernah menulis sebarang buku, tidak pernah berkahwin, tidak pergi ke kolej, tidak pernah melawat kota-kota besar. Dia mati kemiskinan dan tiada berharta.

Tetapi Dialah yang paling mashyur dalam sejarah manusia. Lebih banyak lagu yang telah dinyanyikan tentang-Nya, seni lukisan yang dilukis tentang-Nya, buku yang ditulis tentang Dia lebih daripada mana-mana orang yang pernah hidup. Tambahan pula, berbillion orang dari seluruh pelosok dunia menyembah Dia sebagai Tuhan. Malah orang-orang yang tidak percaya pun sentiasa diingatkan oleh tempias pengaruh-Nya apabila kita mengira-ngira tahun masehi yang berkisar daripada tahun kelahiran-Nya. Kalendar kita dibahagikan kepada tahun sebelum dan selepas kelahirannya, BC (before Christ) dan AD (Anno Domini, in the year of our Lord).



Tiada pasukan tentera, negara atau orang perseorangan yang berjaya mengubah sejarah manusia sebanyak yang telah dibuat oleh Yesus, si miskin yang tidak berumah. Simbol Yesus, salib telah menjadi simbol yang paling mashyur dalam sejarah. Sehinggakan artis
rap' 50 Cents dan 'old-school rocker Axl Rose of Guns N' Roses' baru-baru ini memakai salib pada leher mereka ketika Anugerah Video Muzik MTV. Yesus telah menjadi sebahagian daripada fesyen Amerika.

Setiap tahun, media massa telah dipenuhi perbincangan tentang Yesus. Pemuzik seperti Kanye West turut menyanyi tentang Yesus walaupun dia bukanlah pengikut Yesus. Filem Mel Gibson, "The Passion of the Christ" telah mencatatkan rekod box-office tertinggi dalam jualan satu hari. Tiada yang lebih panas daripada Yesus - walaupun setelah 2000 tahun Dia menjejakkan kaki di muka bumi. Malah, majalah "Popular Mechanics" yang boring pun telah memaparkan rencana muka yang bertajuk "Muka Yesus yang Sebenar" beberapa tahun lalu apabila mereka cuba menentukan wajah Yesus yang sebenar (penuh dengan rambut pendek, tidak seperti dongeng yang menyatakan Dia berambut panjang).

Nampaknya semua orang mempunyai pendapat tentang Yesus. Kata-kata berikut merupakan beberapa kerat daripada orang-orang mashyur tentang Yesus.

Mahatma Gandhi: "Saya tidak boleh kata Yesus adalah satu-satunya Tuhan. Dia adalah Tuhan seperti Krishna, atau Rama, atau Mohammed, atau Zoroaster"

Adolf Hitler: "Dalam kasih yang tiada batasnya sebagai seorang Kristian dan sebagai seorang manusia saya membaca petikan dimana Dia pada akhirnya bangkit dan mengambil cemeti untuk menghalau si ular licik daripada Rumah Tuhan. Betapa hebatnya tentangan-Nya terhadap racun Yahudi dalam dunia ini."

Larry King pernah ditanyakan tentang siapa yang dia ingin sekali menemuramah jika dia boleh memilih seorang daripada sejarah manusia. Dia berkata "Yesus Kristus". Orang yang bertanya pun berkata "Apa yang ingin awak tanyakan?". Larry menjawab, "Aku ingin bertanya samada Dia dilahirkan oleh anak dara. Jawapan kepada soalan itu akan menentukan sejarah untuk saya"

John Lennon: "Kristianiti akan pergi. Ia akan hilang dan mengecut. Saya tidak perlu berhujah tentang itu: Saya betul dan akan dibuktikan betul. Kita memang lebih popular daripada Yesus sekarang. Saya tak tahu, apa yang akan pergi dahulu, rock and roll atau Kristianiti."

Carlos Mencia: "Awak tahu tak, saya menjadi 'lebih' Kristian setelah melihat filem itu (Da Vinci Code) sebab saya tahu sebagai seorang Kristian, saya macam tahu, Yesus mati untuk dosa kita Dia merana. Tetapi sekarang saya tahu Dia telah berkahwin. Saya seolah-olah macam, wow, betul-betul Dia merana? Kesian dia."

Friedrich Nietzsche: "Yesus mati awal sangat. Jika Dia hidup sehingga masa saya, dia mungkin telah menolak doktrin-Nya."

Jean-Jacques Rousseau: "Socrates mati sebagai ahli falsafah; Yesus Kristus mati seperti Tuhan"

Joseph Smith: "Agama Mormon adalah doktrin tulen Yesus Kristus; yang saya sendiri tidak berasa malu terhadapnya"

Mark Twain: "Jika Kristus berada di sini sekarang, Dia tidak akan menjadi seorang Kristian"

H. G. Wells: "Saya seorang ahli sejarah, saya bukan seorang pengikut Yesus, tetapi sebagai seorang ahli sejarah, pengkhutbah yang tidak berduit daripada Nasrani ini sememangnya menjadi pusat sejarah. Yesus Kristus adalah tokoh yang paling dominan dalam sejarah"

Oprah Winfrey: "Tidak mungkin ada satu saja jalan (ke syurga) . . ." [Seorang wanita yang menonton: "Bagaimana pula dengan Yesus?"] "Apa pulak pasal Yesus? . . . Adakah Tuhan kisah tentang hati engkau atau Tuhan kisah tentang engkau memanggil anak-Nya dengan nama Yesus"

Malcolm X: "Semua Mat Salleh yang belajar sejarah dan geografi mengetahui bahawa Kristus ialah orang kulit hitam. Hanya mereka yang miskin, yang dibasuh otaknya, orang Negro Amerika yang dimanipulasi untuk percaya bahawa Kristus adalah Mat Salleh, untuk memperdaya mereka untuk menyembah Orang Putih"

Pelbagai orang memberitahu pelbagai perkara tentang Yesus. Dia kaya, dia miskin, dia Hitam, dia Putih, dia Tuhan, dia bukan Tuhan, dia penfitnah yang memberitahu kebenaran, dilahirkan oleh anak dara yang galak gatal. Dia bangkit dari kematian atau pun telah mengelak kematian untuk berumahtangga dengan teman wanita-Nya. Malah dalam Kristianiti sendiri ada trend bodoh yang mengubah Yesus dan iman. Nampaknya, sejenis kumpulan baru telah muncul.

No comments: