Marilah kita menilai kayu pengukur kecantikan fizikal dalam budaya kita--untuk wanita zaman dahulu dan sekarang seperti yang diterangkan oleh David Pawlison.
Wanita seabad dahulu akan membandingkan diri mereka dengan sepuluh wanita lain di kampung seberang. Hari ini, wanita membandingkan diri mereka dengan gambar-gambar tercantik dari industri fesyen sedunia.
Dan apakah imej yang ideal yang dipaparkan oleh industri fesyen sedunia sebagai standard kecantikan wanita masa kini untuk dijadikan ukuran?
Lihatlah sekumpulan penggaya rambut professional, artis mekap, dan jurugambar yang mahir dalam grafik komputer boleh buatkan. (klik untuk lihat):

Untuk memikirkan bahawa wanita berusaha untuk menjadi seorang yang tidak serupa dirinya, adalah sangat tidak diterima akal!
The Dove Campaign adalah separa benar- industri fesyen sememangnya telah menyumbang kepada persepsi kecantikan yang palsu. Dan jawapan mereka-"setiap perempuan layak berasa cantik sepertimana cantiknya mereka"-sangat baik niat mereka tetapi menyimpang dari Alkitab.
Kita melihat bahawa wanita mempercayai bahawa kecantikan fizikal akan memberikan kebahagiaan, kejayaan dan populariti di kalangan wanita, diminati kaum lelaki-oleh itu mereka mengejar kecantikan dengan gelojoh!
Kecantikan fizikal malangnya tidak boleh memberikan apa yang dijanjikan. Amsal 31:30 mendedahkan kepalsuan dan kesia-siaan usaha untuk kecantikan, "Paras yang manis tak dapat dipercaya, dan kecantikan akan hilang".
Jikalau setiap perempuan boleh "berasa cantik sepertimana cantiknya mereka", ini tidak dapat memberikan mereka kegirangan yang sejati atau kegembiraan yang kekal atau menyelesaikan sebarang masalah hidup.
Secara jujurnya, kita semuanya tidak layak untuk berasa cantik, tetapi dikutuk ke neraka kerana telah melakukan syirik, hidup menyembah kecantikan ciptaan Tuhan daripada hidup memuliakan tuhan.
Tuhan tidak menghantar Yesus ke dunia untuk mati untuk menyelesaikan perasaan rendah diri wanita supaya mereka berasa lebih baik terhadap diri mereka. Tidak, Tuhan menghantar Anak-Nya untuk mati untuk menyelamatkan kita daripada pencarian syirik dan dan sia-sia, untuk kecantikan fizikal. Dia juga datang untuk menunjukkan kita kepuasan yang boleh kita dapat daripada mengenal Tuhan, tidak kira samada kita cantik mahupun tidak!
Betapa besarnya kebebasan dan harapan yang kita ada dalam Kristus! Kita tidak perlu berasa cantik untuk mencapai kebahagiaan! Malah, kita lebih berbahagia jika kita tidak memikirkan kepentingan diri sendiri. Lagipun Tuhan telahpun menawarkan kita keredhaan-Nya, harapan, kebebasan daripada dosa, dan kebahagiaan yang abadi.
Jadi apabila video ini mendedahkan kepalsuan kecantikan dalam budaya kita, marilah janganlah kita berharapkan iklan Dove untuk menjawab krisis kecantikan. Tetapi, marilah menyertai kempen untuk memberitakan kebebasan yang boleh diperoleh melalui Kristus!
.jpg)
No comments:
Post a Comment