Dalam bidang keagamaan kita sering mementingkan keikhlasan iman kita (contohnya, adakah anda betul-betul mencintai Tuhan?) lebih daripada kebenaran iman kita (contohnya, adakah kepercayaan ini benar?). Saya merasakan ini sangat pelik.
Sebenarnya, apakah maksud kepercayaan? Greg Koukl, dalam buku bertajuk 'Solid Ground', membincangkan isu ini. Dia berhujah bahawa jika kita menyatakan bahawa kita percaya pada sesuatu, kita sudahpun mendakwa bahawa perkara itu adalah benar. Ini membuktikan apa yang kita dakwa.Jika anda mendakwa "Saya percaya Presiden Bush adalah presiden Amerika Syarikat", anda sebenarnya menyatakan bahawa perkara ini memang benar. Kita tidak berkata ayat seperti "Ya, saya percaya bahawa George Bush adalah presiden Amerika Syarikat, tetapi kalau awak percaya bahawa Fidel Castro adalah presiden Amerika, pun tak apa. Saya tak menyatakan bahawa George Bush itu presiden, tetapi saya hanya percaya bahawa dia presiden".
Jadi, apabila kita berkata bahawa kita percaya akan sesuatu, kita menyatakan bahawa ia suatu fakta yang benar. Semua orang merasakan bahawa kepercayaannya benar, kalau tidak, mereka tidak akan percaya.
Sekarang, kepercayaan saya boleh jadi salah atau benar. Samada George Bush itu presiden atau pun tidak. Castro dan Bush tidak boleh kedua-duanya menjadi presiden Amerika pada satu-satu masa. Kenapakah kita percaya dengan bulat-bulat fakta-fakta biasa, apabila berkaitan dengan fakta-fakta kepercayaan iman, kita jarang memikirkan tentang kebenarannya dan lebih cenderung mementingkan emosi kepercayaan kita.
Satu poin penting di sini adalah, apa yang kita percaya tidak akan menyebabkan ia benar. Kebenaran tidak dihasilkan melalui iman/kepercayaan semata-mata. Jika boleh, maka realiti dan fantasi sudah bercampur aduk. Sebaliknya, kebenaranlah yang menghasilkan iman.
Sesuatu kebenaran adalah benar, tak kira sama ada saya percayakannya ataupun tidak. Menurut Koukl:
Jika kebenaran itu adalah apabila sesuatu perkara itu adalah seperti apa yang kita percayakan, maka "perkara itu" membuktikan apa yang kita percaya itu benar. Fakta-faktalah yang membuktikan samada sesuatu itu benar ataupun tidak. Sesuatu pernyataan yang benar akan menerangkan fakta sahaja. Jika tidak ada kebenaran, maka tiadalah fakta.
Maka, iman Kristiani kita adalah berasaskan fakta. Berdasarkan fakta inilah, baru kepercayaan dan iman terbit. Bukan sebaliknya.
.jpg)
No comments:
Post a Comment