Sunday, November 04, 2007

Adil itu lebih dekat kepada Taqwa

Thanks Azri for the link. May we find delight in truth and justice.

Bersikap adil terhadap kawan dan lawan amatlah sukar. Namun itulah tuntutan Islam yang agung ini. Hati manusia biasanya akan berpihak kepada orang yang disukai, sekalipun dia di pihak yang salah. Sukar pula untuk menyokong orang yang dibenci, sekalipun dia di pihak yang benar. Apabila perasaan tidak terkawal atau berdisiplin dengan ajaran Islam, maka insan biasanya akan mencari justifikasi untuk membela kesilapan orang disukainya. Dalam masa yang sama, dia mungkin akan mencari ruang untuk mempersalahkan musuh yang dibencinya. Sikap seperti ini menjadi barah kehidupan. Jika ia menguasai masyarakat, kebenaran akan terhapus dan kebatilan akan dibela...

Sikap ini hadir kadang kala disebabkan taksub yang berlebihan, atau kebencian yang berlebihan, atau sayang yang berlebihan, atau adanya kepentingan tertentu di sebalik kebencian yang dipamirkan atau sokongan yang diberikan. Hasilnya nanti, ketidakadilan hukuman atau penilaian akan berlaku. Ada pihak akan menjadi mangsa dendam dan perasaan. Kebenaran akan dinafikan hanya kerana kebencian. Kesalahan akan dinilai dengan kebaikan hanya kerana ketaksuban atau kecintaan atau kepentingan. Sebab itulah Islam memusuhi sikap yang seperti ini...

Kami tidak mahu menghadkan diri kami mengambil ilmu hanya dari seorang tokoh lalu mengharamkan kesarjanaan dan keilmuan tokoh-tokoh yang lain. Bagi kami, dalil dan hujah itu yang utama, bukan siapa tokohnya. Lihatlah dunia dengan mata yang terbuka dan minda yang bercahaya. Sesiapa yang ingin maju, dia mesti mengambil pengetahuan dari mana sahaja ia datang, bukan menjumudkan diri dengan hanya satu pandangan. Akhirnya, kita menjadi sempit dan memusuhi dunia yang kita tidak kenali hanya kerana kejumudan kita.

Saya amat berbahagia dengan sokongan kepada idea-idea pembaharuan yang dicetuskan. Sokongan itu datang dari rakyat Malaysia yang berada di segala pelusuk negara dan dunia (kembang hidunglah kita).

“Bersikap adillah, sesungguhnya adil itu lebih dekat kepada taqwa”. (Be just, since justice is closer to devotion)

-- Dr. Asri Zainal Abidin, Mufti of Perlis

No comments: