Semenjak mendapat jaringan lebar (Broadband) di asrama universiti, saya mendapat hubungan yang sangat akrab dengan jaringan ilmu pengetahuan, komunikasi dan komuniti online dalam internet. Salah satu daripada keberkatan yang telah saya perolehi adalah pendedahan saya kepada ilmu teologi.
Saya mula mengenali forum The Agora apabila saya melayari laman CDPC, salah satu gereja di Subang Jaya yang sama denominasi dengan gereja saya di kampung. Saya pun ternampak suatu forum yang dianjurkan oleh mereka dan menjadi begitu berminat sekali. Oleh itu, saya pun mengambil keputusan untuk menjengahnya dan begitu diberkati sekali oleh sesi forum tersebut.
Lagipun, penganjurnya Hedonese dan beberapa orang sahabatnya (yang telah saya lupa nama mereka) begitu bernas sekali bertukar-tukar pendapat dalam forum tersebut. Apa yang lebih bagus lagi adalah keramahan dan kemesraan mereka terhadap orang baru seperti saya ini, dengan mengambil inisiatif untuk berkenalan dengan saya, mengajak saya minum kopi dan juga menghantar saya pulang ke stesen KTM Subang Jaya.
Dengan itu, bermula hubungan saya dengan kumpulan tersebut dalam forum internet yang menjadi sumber makanan spiritual dan intelek saya untuk lebih daripada satu tahun. Melalui forum itu, saya terdedah bukan sahaja kepada sumber maklumat pengajian teologi dan alkitab yang boleh diperolehi di Malaysia dan juga online, tetapi juga bidang falsafah, apologetik, perbandingan agama, pelayanan di tempat kerja, dialog antara agama, keadilan sosial, politik dan isu-isu semasa. Mereka percaya bahawa iman dan Tuhan tidak boleh dipisahkan daripada hal-ehwal duniawi, dan segalanya perlu dibawa kehadapan muka Tuhan, coram Deo.
Selepas beberapa lama, saya diinspirasikan untuk membuat keputusan untuk mengambil jurusan teologi di beberapa institusi pengajian teologi yang menawarkan pengajian diploma separuh masa jarak jauh seperti Kolej Alkitab New Zealand, Kolej Baptist Carey, Universiti London dan sebagainya, tetapi peluang saya tertutup apabila permohonan saya ditolak atas beberapa halangan teknikal. Beban pengajian perubatan saya di universiti juga kian bertambah dan tidak memungkin saya untuk mengambil pengajian tambahan. Tetapi jauh dalam hati saya ada satu keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca-graduat dalam bidang-bidang jurusan kesenian yang saya minati apabila tamat ijazah pertama saya.
Baru-baru ini, saya mengenali Dr. Lim Kar Yong yang juga pensyarah Perjanjian Baru di Seminari Teologi Malaysia. Beliau merupakan lulusan jurusan hartanah di sebuah universiti tempatan di Malaysia dan selepas lapan tahun bekerja, beliau membuat keputusan untuk menukar bidang vokasionalnya kepada bidang kajian dengan mendapat biasiswa sarjana di Seminari Teologi Gordon-Conwell dan doktoral di Universiti of Wales. Pencapaian cemerlang dalam pengajiannya membuktikan kesungguhan dan minat beliau untuk mengenali Tuhan bukan sahaja melalui keikhlasan hati, tetapi juga melalui proses intelek yang kurang diambil perhatian oleh masyarakat.
Saya mula mengenali forum The Agora apabila saya melayari laman CDPC, salah satu gereja di Subang Jaya yang sama denominasi dengan gereja saya di kampung. Saya pun ternampak suatu forum yang dianjurkan oleh mereka dan menjadi begitu berminat sekali. Oleh itu, saya pun mengambil keputusan untuk menjengahnya dan begitu diberkati sekali oleh sesi forum tersebut.
Lagipun, penganjurnya Hedonese dan beberapa orang sahabatnya (yang telah saya lupa nama mereka) begitu bernas sekali bertukar-tukar pendapat dalam forum tersebut. Apa yang lebih bagus lagi adalah keramahan dan kemesraan mereka terhadap orang baru seperti saya ini, dengan mengambil inisiatif untuk berkenalan dengan saya, mengajak saya minum kopi dan juga menghantar saya pulang ke stesen KTM Subang Jaya.
Dengan itu, bermula hubungan saya dengan kumpulan tersebut dalam forum internet yang menjadi sumber makanan spiritual dan intelek saya untuk lebih daripada satu tahun. Melalui forum itu, saya terdedah bukan sahaja kepada sumber maklumat pengajian teologi dan alkitab yang boleh diperolehi di Malaysia dan juga online, tetapi juga bidang falsafah, apologetik, perbandingan agama, pelayanan di tempat kerja, dialog antara agama, keadilan sosial, politik dan isu-isu semasa. Mereka percaya bahawa iman dan Tuhan tidak boleh dipisahkan daripada hal-ehwal duniawi, dan segalanya perlu dibawa kehadapan muka Tuhan, coram Deo.
Selepas beberapa lama, saya diinspirasikan untuk membuat keputusan untuk mengambil jurusan teologi di beberapa institusi pengajian teologi yang menawarkan pengajian diploma separuh masa jarak jauh seperti Kolej Alkitab New Zealand, Kolej Baptist Carey, Universiti London dan sebagainya, tetapi peluang saya tertutup apabila permohonan saya ditolak atas beberapa halangan teknikal. Beban pengajian perubatan saya di universiti juga kian bertambah dan tidak memungkin saya untuk mengambil pengajian tambahan. Tetapi jauh dalam hati saya ada satu keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca-graduat dalam bidang-bidang jurusan kesenian yang saya minati apabila tamat ijazah pertama saya.
Baru-baru ini, saya mengenali Dr. Lim Kar Yong yang juga pensyarah Perjanjian Baru di Seminari Teologi Malaysia. Beliau merupakan lulusan jurusan hartanah di sebuah universiti tempatan di Malaysia dan selepas lapan tahun bekerja, beliau membuat keputusan untuk menukar bidang vokasionalnya kepada bidang kajian dengan mendapat biasiswa sarjana di Seminari Teologi Gordon-Conwell dan doktoral di Universiti of Wales. Pencapaian cemerlang dalam pengajiannya membuktikan kesungguhan dan minat beliau untuk mengenali Tuhan bukan sahaja melalui keikhlasan hati, tetapi juga melalui proses intelek yang kurang diambil perhatian oleh masyarakat. Blognya, My Homilia berkongsi tentang pendapat dan isu-isu yang dihadapinya sebagai seorang pensyarah dan akademik.
.jpg)
4 comments:
Kita amat "terdorong" dengan kehadiran pemuda-pemudi seperti awak juga, itulah sebabnya kewujudan Agora :D
Boleh tolong post kesaksian anda kat blog Agora tu? hehe...
Semua orang adalah muda-mudi dalam hati. hehe, tak apa lah nak post kat agora.
tak nak post. Sorry salah eja
Usah malu-malu ;)
Post a Comment