"Akhlak dalam masyarakat hari ini kian merosot. Peningkatan peristiwa jenayah ganas terhadap manusia lain sungguh menggerunkan. Kes-kes pencabulan, bunuh dan rompakan semakin lumrah meskipun liputan berita meluas dan kehilangan nyawa atau kecederaan pada mangsa jenayah cukup merisaukan kita! Tidakkah manusia masih berhati perut? Begitu juga dengan amalan rasuah yang masih berleluasa dan nampaknya tidak reda-reda.
Malah Tun Mahathir mendakwa amalan penyelewengan itu kelihatan makin diterima orang ramai, daripada kelakuan di “bawah meja” ke “atas meja”. Pengaruh gereja sebagai garam dan cahaya harapan dunia seperti tidak meninggalkan apa-apa tanda yang ketara ke atas situasi semasa Malaysia. Mungkinkah kita, sebagai umat Kristian dan wakil Kerajaan Tuhan di Malaysia, terlalu asyik mengejar ‘dunia akhirat’ sehingga kita mengabaikan tanggungjawab di ‘dunia sekarang‘?
Mungkinkah kita terlalu berfikiran sempit, kurang prihatin dengan hal ehwal semasa dan hanya mengambil berat kewarakan peribadi dan hukum hakam ibadah?
Bagaimanakah kita dapat menyahut seruan sebagai “garam dan cahaya” dunia jika kita enggan melibatkan diri dalam isu-isu dunia dan kehidupan harian insan-insan yang memerlukan “rawatan”? Yesus tidak suruh kita mencariNya di syurga untuk diselamatkan. Beliau sendiri datang memasuki dunia kita, berjalan bersama kita serta mencurahkan nyawaNya di antara kita supaya kita dapat Firman kehidupan.
Dalam kitab Amos, Tuhan menjelaskan apa yang lebih mustahak dalam hatinya. Ia bukan irama muzik indah dan sidang jemaah kita yang semakin berkelengkapan canggih, atau pun aktiviti keagamaan Kristian (seperti lebih banyak pelekat cermin kereta, poster dinding, risalah dan lambang ibadat yang lain).Ia berkenaan keadilan dan hidup muhsin yang Tuhan kehendaki tanpa mengorbankan yang lain-lain. Dengarlah kata-kata Yesus kepada orang Farisi dalam Matius 23:23
'Celakalah kamu, hai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-orang munafik, sebab persepuluhan dari selasih, adas manis dan jintan kamu bayar, tetapi yang terpenting dalam hukum Taurat kamu abaikan, iaitu: keadilan dan belas kasihan dan kesetiaan. Yang satu harus dilakukan dan yang lain jangan diabaikan'."

-- Lai Tak Meng, Persekutuan Kristian Graduat
.jpg)
2 comments:
persekutuan graduan kristian? :D
Syabas,saudara! Selain terlalu mementing dunia akhirat sehingga bumi tempat berpijak seolah diabaikan, satu lagi penyebab kepada kurangnya ke-asinan gereja masa kini sebagai "garam dunia" ialah ianya terlalu dikormesilkan..Tidak sedikit gereja sekarang yang lebih mementingkan RM yang masuk pada setiap collection dibuat daripada menjangkau kepada yg perlu dijangkau...dan khutbah-khutbah dari mimbar semacam teka-teki la pula.. Ada apa-apa cadangan? saya harap orang-orang non-Muslim di Malaysia akan bertahan di bumi tercinta ini..Bukan macam sesetengah orang tu, banyak cakap ja..bila keadaan semakin hangat..jalan keluar yang mudah bagi mereka adalah migrasi ke luar negara. Ooppss...! Keep on blogging, bro!
Post a Comment