Daripada persoalan-persoalan untuk mempertikaikan kebenaran Kristianiti, timbullah satu disiplin ilmu yang dipanggil apologetics. Disiplin ini bukanlah untuk meminta maaf, tetapi membawa maksud mempertahankan hujah-hujah agama.
Mungkin anda sebagai pembaca akan bertanya "Mengapakah pula penulis menyatakan dalam post terdahulu bahawa polemik adalah sia sia?".
Polemik sia-sia yang saya maksudkan ialah perdebatan/diskusi yang hanya tidak ikhlas, semata-mata untuk mencari keburukan, kelemahan dan ketidakupayaan seseorang penyampai untuk berdebat. Orang-orang yang terlibat dalam polemik jenis ini hanyalah membazir masa kerana masa yang diluangkan tidak mendatangkan apa-apa hasil yang konkrit, yang adapun hanyalah beberapa saat kegembiraan apabila pihak lawan gagal memberi jawapan yang bernas. Mereka tiada keinginan untuk mencari kebenaran yang mutlak.
Banyak isu-isu yang boleh dipertikaikan, antara yang menarik perhatian saya ialah
- Isu Ketuhanan ~ Adakah Tuhan wujud? Apakah sifat-sifat-Nya? Adakah gambaran yang diberikan kepada Tuhan hari ini sama dengan gambaran yang dijelaskan dalam kitab?
- Isu Trinitas ~ Persoalan antara monotheisme ataupun polytheisme
- Isu Alkitabiah ~ Adakah Alkitab sahih? Apakah hujahnya? Adakah teori bahawa ia telah dikorupkan boleh diterima? Bagaimanakah pula dengan buku-buku yang tidak dikanunkan? Jika kitab pun perlu ditentukan oleh manusia, bukankah ini agama buatan manusia?
- Isu Yesus Kristus ~ Adakah Dia mati dan bangkit semula? Siapalah sangat dia itu untuk mengaku dirinya Tuhan? Adakah dia mencipta burung daripada tanah liat dan bertutur semasa dilahirkan? Adakah Dia tidak berdosa? Apakah tujuan kedatangan Yesus, adakah untuk mewujudkan agama baru ataupun semata-mata untuk mereformasikan Judaisme? Adakah konsep Anak Tuhan serupa dengan konsep kepercayaan pagan?
- Isu Nabi-Nabi ~ Setakat manakah Judaism boleh terlibat dalam Kristianiti? Adakah Islam wujud sebelum Nabi Muhammad?
Persoalan-persoalan yang mencabar minda. Ingin saya ungkapkan daripad CS Lewis,
If Christianity were something we were making up, of course we would make it easier. But it is not. We cannot compete in simplicity with people who are inventing religions. How could we? We are dealing with fact. Of course anyone can be simple if he doesn't have any facts to bother about." —C. S. Lewis, Mere Christianity (MacMillan, 1952), p. 129
.jpg)
No comments:
Post a Comment