"Engkau menciptakan kami untuk diri-Mu dan hati kami resah sehingga berteduh dalam-Mu" (Confessions I, i, 1)
"Secara tradisi, empat daripada bapa-bapa gereja Latin diberikan gelaran "Doktor" (guru)-- Ambrose orang Milan, Jerome, Augustine orang Hippo and Gregory the Great. Keempat-empatnya layak berkenalan dengan rapat, tetapi yang terhebat daripada mereka semestinya Augustine kerana akalnya yang dalam dan kaya sekali, dan pengaruhnya yang meluas dalam generasi-generasi selepasnya.
Ada sebab-sebabnya kita perlu berkenalan dengan Augustine, saya ingin memberikan tiga
- Tiada persona daripada zaman silam, Kristian ataupun pagan yang lebih dikenali dengan rapat daripada Augustine. Karya-karya agungnya seperti Confessions telah mempengaruhi sastera dan pemikiran awal Eropah.
- Augustine telah bergumul dengan persoalan-persoalan penting tentang kewujudan manusia. Apakah yang minda manusia dapat ketahui? Apakah itu Tuhan? Apakah itu kebenaran? Apakah itu keindahan? Apakah itu masa? Apakah itu sejarah? Apakah itu jiwa? Apakah itu memori dan sebagainya?
- Augustine memainkan peranan penting dalam mencorakkan pemikiran dan doktrin Kristian. Teologi Gereja sentiasa diperjelaskan dan diperkukuhkan oleh cabaran-cabaran daripada ajaran bidaah. Augustinelah yang memberi penjelasan yang teliti dan koheren, tentang fitrah manusia, kejatuhan manusia dan penyelamatan manusia dikala kontroversi Pelagian. Jika kita terhutang kepada Anasthasius dan bapa-bapa Kappadocia dengan penjelasan teology Trinitas, maka kita juga terhutang kepada Augustine dengan pemahaman antropologi, penyelamatan, dosa manusia dan rahmat Ilahi."
Diterjemah daripada "Augustine of Hippo: The Relevance of His Life and Thought Today", Nick Needham, Southern Baptist Journal of Theology.
.jpg)
No comments:
Post a Comment