Thursday, January 10, 2008

Pantun Jenaka

Mentari senja di ufuk barat,
Indah saujana menawan hati,
Pandai cakap tak pandai buat,
Itukah kiranya jaka sejati?

Hendak berbeli ke Bandar Hilir,
Singgah minum di warong Tambi,
Naik hulu turun ke hilir,
Macam mana berniaga ubi?

Damar, rotan, kapur barus,
Jual bersama si lesung batu,
Hidup sibuk makan tak urus,
Hendak dibuat ini dan itu,

Singgah rehat di pohon berangan,
Mengidam makan buah rambaian,
Mat Jenin berangan-angan
Angan-angan tak sampaian

Buah di sana dihajati,
Bekal nasi dibuangkan,
Kera di hutan disusui,
Anak di riba dilepaskan,

3 comments:

effazira said...

kalau ada semut yang panjang,
jangan dipicit lagi,
kalau umur sudah panjang,
kita berjumpa lagi

effazira said...

Mudia belia menangkap ikan
Baik-baik bila berkawan
Akhlak mulia mesti diutamakan

Fitnah itu tiada ampunnya
Kerana dosa sesama manusia
Mulut celupar mudah luahnya
Janganlah dibuat kerja sia-sia


Beli sekayu kain kasa
Cukup diukur dengan lerengnya
Bangsa Melayu menjaga bahasa
Bahasa cabul patang larangnya


Di tepi kali saya menyinggah
Menghilang penat menahan jerat
Orang tua jangan disanggah
Agar selamat dunia akhirat


Padi sedang tumbuh subur
Senduduk menumpang bayang
Menangis badan dipinggir kubur
Teringat hidup tidak sembahyang

keropok lekor said...

terima kasih kerana sudi memberikan nukilan pantun saudari :) kalau ada pantun yang best bagilah ye? hehe