Friday, December 08, 2006

Tujuan Kehidupan Kita

Wahai Kawan,

Selamat datang ke Our Reason For Being. Ia memaparkan siri refleksi yang menjawab persoalan tentang makna kehidupan (dalam Bahasa Inggeris).

Tidak dapat dinafikan bahawa semua daripada kita mempunyai keinginan dalaman untuk memahami makna dalam kehidupan kita. Psikoterapi Eksistential bertujuan membantu kita mencari satu makna kehidupan, tujuan hidup untuk diikuti. Tetapi kita kadangkala tidak berpuashati dengan hanya mempunyai tujuan hidup. Apakah gunanya dilahirkan semata-mata untuk mati pada kemudian hari? Manusia mempunyai keperluan dalaman bukan sahaja makna kehidupan. Hati kita sangat mendahagakan tujuan untuk kewujudan sementara kita di dunia yang fana ini.

Siri refleksi ini ditulis untuk menrespon kepada kedahagaan untuk makna kehidupan ini. Ini adalah eksposisi sebuah kitab Ecclesiastes . Anda akan kagum dengan betapa relevannya sastera ilmu ini kepada pemikiran dan kehidupan kontemporari. Ecclesiastes menjawab keperluan kita untuk makna kehidupan dalam cara yang komprehensif, koheren dan menarik. Saya menjemput anda untuk mengikut saya menerokai apa yang dinyatakan dalam kitab ini.



Saya mempunyai ijazah kedoktoran dalam Near Eastern Languages and Cultures daripada University of California, Los Angeles. Saya telah mengajar kursus tentang Ecclesiastes untuk lebih daripada 10 tahun. Saya menawarkan eksposisi ini kepada anda sebagai seorang musafir iman dalam mencari maksud kehidupan.

Pada masa sekarang, refleksi ini ditawarkan secara berperingkat. Tarikh refleksi yang akan datang akan diberitahu.

Permulaan perjalanan ini adalah hanya satu KLIK dari sini.

Yang ikhlas,
Leong Tien Fock*
tf.leong@gmail.com

*Penulis merupakan pakar Perjanjian Lama di Malaysia.

No comments: