Saturday, June 13, 2009
Tinggal Sertaku
Kidung Jemaat No. 329 : Tinggal Sertaku
Judul Bahasa Inggris : Abide with Me
Lirik
Dikatakan bahawa orang yang dapat menghadapi kematian secara realistik akan dapat mengharungi kehidupan ini dengan rasa berguna dan dengan penuh percaya diri. Hal tersebut menjadi kepercayaan juga bagi seorang pastor Inggeris yang kurang dikenal, Henry F Lyte, ketika beliau menulis teks untuk kidung ini pada tahun 1847, sebelum menjelang kepergiannya. Setelah itu, kidung ini menjadi kidung pilihan bagi orang-orang dimana-mana dalam masa kesedihan dan tekanan yang dalam.
Henry F. Lyte lahir di Scotland pada 1 Juni 1793. Dia bersekolah di Trinity College, Dublin, Ireland, dan menjadi anggota Gereja Anglican seumur hidupnya. Semasa hidupnya, dia dikenal sebagai orang yang lemah secara fizik akan tetapi kuat dalam iman dan spiritual. Kesehatannya secara terus menerus terancam oleh asma dan tibi.
Walaupun dalam kelemahan fizikal, beliau adalah orang yang bekerja tidak kenal lelah dan membangun reputasi sebagai seorang penyair, pemuzik dan pendeta. Dia selalu mengatakan ungkapan ini: “adalah lebih baik menjadi lelah dan letih daripada habis tak berguna ” (rust out). Dimanapun melayani, beliau sangat dicintai dan dikagumi oleh jemaatnya.
Selama 23 tahun hidupnya, dia melayani di daerah gereja pinggiran yang miskin, di antara komuniti nelayan di dataran rendah Brixham, Devonshire. Pada tahun-tahun inilah kesehatannya makin memburuk secara drastik dan terpaksa mempertimbangkan tempat yang lebih panas di Itali. Pada khotbah terakhir 4 September 1847 dengan orang miskin pinggiran yang dilayaninya, dia terkesot-kesot untuk dapat berdiri di podium dan berbicara seperti orang yang sekarat. Pada perjalanan ke Roma, Itali, beliau akhirnya meninggal di Nice, Perancis dan dimakamkan disana pada 20 November 1847.
Lyte dipercayai menuliskan lirik dari kidung ini beserta muziknya tidak lama setelah hari minggu terakhirnya di Gereja Brixham. Kidung ini jarang dipakai di England sampai ketika pertama kali diterbitkan dalam buku “Lyte’s Remain” pada 1850. Ketika diterbitkan di Amerika oleh Henry Ward pada tahun 1855, kidung ini ditandai dengan kalimat: “kidung ini ditujukan untuk dibaca, bukan untuk dinyanyikan”.
Ketika kemudian Willian Henry Monk membaca lirik kidung ini, karena tergerak hatinya beliau kemudian menggubah muziknya yakni Eventide, untuk lirik tersebut, yang kononnya diciptakan dalam setengah jam. Muzik ini terinspirasi oleh keindahan dan kemegahan matahari terbenam walaupun beliau belum pernah mengalami kesedihan yang dalam. Itulah muzik yang kita dengar hingga kini. William Monk adalah juga pengarah muzik dan pemain organ di King’s College, London.
Henry Lyte menulis kidung ini berdasarkan penampakan Yesus kepada dua murid dalam perjalanan menuju Emmaus dalam Injil Lukas . Dalam Luk 24:29 tertulis: Tetapi mereka sangat mendesak-Nya, katanya: “Tinggallah bersama-sama dengan kami, sebab hari telah menjelang malam dan matahari hampir terbenam.” Lalu masuklah Ia untuk tinggal bersama-sama dengan mereka.
Diadaptasi daripada cerita kidung blog HKBP Serpong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment