Walaupun tiada asas sejarah untuk dakwaan Constantine mengubahsuai Injil-injil Perjanjian Baru, kita kena tanya, “Adakah Injil-injil Al-kitab itu sumber yang boleh dipercayai berkenaan dengan informasi Yesus sejarah?” Menurut Teabing, sejarahwan novel fiksyen, “Hampir kesemua yang diajar oleh bapa-bapa kita mengenai Kristus adalah palsu” (235).
Adakah ini benar? Jawapan ini banyak bergantung kepada kesahihan biografi-biografi Yesus yang paling awal – Injil Matius, Markus, Lukas dan Yohanes.
Setiap Injil ini ditulis dalam abad pertama. Walaupun secara teknikal, nama penulisnya tidak diumumkan, ada bukti kukuh dari penulis-penulis dari abad kedua seperti Papias (125 T.M) dan Irenaeus (180 T.M.) yang menghubungkan setiap Injil itu kepada pengarang tradisinya. Jika kesaksian mereka benar (dan tiada sebab untuk kita meraguinya), maka Markus, sahabat Petrus, menulis khutbah-khutbah Petrus. Dan Lukas, sahabat Paulus, yang mengkaji secara mendalam biografi yang tertera namanya. Akhirnya Matius dan Yohanes, dua daripada pengikut Yesus, menulis buku menurut kesaksian mereka. Jika ini benar, maka segala perkara yang direkodkan dalam Injil-injil secara langsung atau tidak langsung berdasarkan testimoni saksi.
Adakah pengarang-pengarang Injil berniat untuk memastikan kesahihan rekod riwayat Yesus? Adakah mereka ini berminat dengan fakta sejarah atau agenda teologi membayangi tujuan mereka dari mengisahkan segala yang benar-benar berlaku?Craig Blomberg, seorang sarjana Perjanjian Baru membuat komen bahawa prolog Lukas (Lukas 1:1-4) “ditulis sama seperti prolog pengajian sejarah dan kerja biografi lama lain yang diterima umum”. Memandangkan genre kedua-dua Matius dan Markus sama dengan genre Lukas, maka adalah munasabah niat mereka untuk menulis sejarah yang tepat akan menyerupai tujuan Lukas juga. Akhir sekali, Yohanes memberitahu kita bahawa tujuan dia menulis Injil ini agar orang akan percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat, Anak Tuhan dan kalau mempercayaiNya akan hidup dalam namaNya (20:31). Walaupun pernyataan ini melihatkan agenda teologi, Blomberg menunjukkan bahawa “jika anda ingin kepercayaan yang menyakinkan, teologi itu hendaklah mengalir dari sumber sejarah yang benar”.
Yang menariknya, sejarah dan arkeologi banyak membantu dan meyokong kesahihan pengarang Injil. Apabila penulis menyebut tentang orang, tempat dan peristiwa sejarah yang boleh disemak dengan sumber purba lain, hasil pemeriksaan itu mewajarkan keyakinan kita terhadap mereka.
.jpg)
No comments:
Post a Comment